PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG BERSAMA BIRO AGAMA UMNO BAHAGIAN LEDANG DAN KELAB KETUA-KETUA PEMUDA ZON TANGKAK TELAH MENGANJURKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERTEMPAT DI PERKARANGAN SEK. MEN. AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK PADA TANGGAL 3 APRIL 2010, SABTU LALU, SELEPAS SOLAT ISYAK.
PENCERAMAH JEMPUTANNYA, USTAZ KHAIRUL NIZAM ISAHAK, DARI MRSM ALOR GAJAH, MELAKA. ANTARA LAIN BELIAU MENYENTUH ISU HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN MANUSIA DAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA.
MENURUT BELIAU, APA PUN YANG INGIN KITA LAKUKAN, NIAT PERLU SELARAS DENGAN TUNTUTAN SYARIAT. JIKA NIAT KITA BAIK KERANA ALLAH TAPI PERLAKUAN TIDAK MENEPATI SYARIAT, MAKA SIA-SIALAH PERBUATAN KITA, SEPERTI CERITA ROBINHOOD.