ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Khamis, 27 Mei 2010

DI MANA ADA SEMUT DI SITU ADA GULA????

KRISIS GULA!!!

RASANYA BARU SEHARI DUA, AKHBAR MEMBENTANGKAN ISU KRISIS GULA YANG PADA PIHAK KEMENTERIAN TIDAK MEMANDANG SERIUS MASALAH TERSEBUT DENGAN MENGANDAIKAN BAHAWA BEKALAN GULA BERADA PADA TAHAP YANG MENCUKUPI. HANYA SIKAP PENGGUNA YANG MEMBUAT ‘PEMBELIAN PANIK’ YANG DIPERSALAHKAN MENYEBABKAN STOK GULA DI PASARAN PENGGUNA KEHABISAN.

MALAH DALAM SATU KENYATAAN PULA, PENGGUNA PULA YANG DIKATAKAN ‘SOROK GULA MELALUI SIKAP MEMBELI LUAR BIASA DENGAN MEMBELI GULA MELEBIH KADAR PENGUNAAN BIASA

SELEPAS ITU, TIMBUL PULA KISAH, PIHAK PENGUATKUASA KPDNKK NEGERI SEMBILAN MERAMPAS DUA TAN GULA DARI SEBUAH PREMIS SELEPAS KEDAI TERBABIT MEMBUAT PROMOSI JUALAN GULA “ LUARBIASA” DI JALAN DATUK SIAMANG GAGAP, SEREMBAN 26 MEI .

“KALAU TIADA ANGIN, MASAKAN POKOK BOLEH BERGOYANG” MAKA DATANG SEGEROMBOLAN BERUK-KERA YANG BERDANSA DI TEPIAN DAHAN.
KANCIL RASA LA, KALAU STOK GULA BERADA PADA KEADAAN STABIL, MAKA TAK PERLU DIWAR-WARKAN KRISIS GULA INI. KERANA MAKHLUK BERNAMA MANUSIA NI, SEMAKIN DIBERITAHU SUPAYA JANGAN PANIK, SEMAKIN DIA PANIK. JENIS TAK FAHAM BAHASA.

TAPI TAK TAHULAH KANCIL, KALAU SEMEMANGNYA GULA TIADA DI PASARAN EKORAN KATANYA ADA TUNTUTAN ALA UGUTAN UNTUK NAIKKAN HARGA GULA DAN PIHAK BERKUASA MASIH BELUM DAPAT MENGATASI MASALAH TERSEBUT.

APA YANG KANCIL NAK CUBA LUAHKAN, SEKIRANYA HARGA GULA INI NAIK, RASANYA SEPERTI TIADA MAKNANYA DALAM PERTAMBAHAN PENDAPATAN RAKYAT. KERANA, BILA HARGA GULA NAIK, MAKA HARGA MINUMAN JUGA TERPAKSA NAIK. TIDAK MUSTAHIL KALAU HARGA AIR DI TEPI JALAN MENCECAH NILAI RM2.00 SEBUNGKUS, TEH TARIK BERNILAI RM 2.00 SEGELAS DI WARUNG BIASA. KUIH-MUIH 2 KEPING SERINGGIT. HAAA…. BARU PADAN MUKA UNTUK YANG KAKI ‘NGETEH’..

TUNTASNYA PADA PANDANGAN KANCIL, KENAIKAN HARGA BARANGAN YANG DISANDARKAN UNTUK PERTAMBAHAN PENDAPATAN INI SEBENARNYA TIDAK RELEVAN. SEBALIKNYA PERTAMBAHAN KEPELBAGAIAN DALAM PRODUKTIVITI BARANGAN ITU LEBIH PENTING DALAM MERAIH PERMINTAAN BUKAN SEKADAR DARI DALAM NEGARA MALAHAN MAMPU MEWUJUDKAN BEKALAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA. SEMUA PIHAK HARUS MEMANDANG SERIUS TERHADAP ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN INI DARI SUDUT PERMINTAAN DAN PENAWARAN YANG SECARA TEORINYA AKAN KEMBALI KEPADA KESEIMBANGAN PASARAN ITU SENDIRI SEDANGKAN NILAI RINGGIT MENJADI KECIL DAN KUASA MEMBELI SEMAKIN MENURUN.
YANG MENJADI MANGSA IALAH GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH.