ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Ahad, 16 Mei 2010

"GURU IBARAT LILIN"

Satu perumpamaan yang saban tahun dipergunakan sebagai perlambangan kepada insan yang bergelar GURU.


hakikatnya perumpamaan tersebut dikaitkan dengan nilai pengorbanan seorang guru yang sanggup bersengkang mata dan menabur keringat demi untuk memberikan ilmu dan pengajaran kepada seseorang agar berjaya dalam kehidupan.

Namun dari satu sudut lain, timbul juga persoalan apakah seorang guru itu benar berkorban umpama lilin atau dikorbankan umpama lilin?

Apakah value sebenar seorang guru di mata masyarakat sekarang?

adakah nilai guru itu sekadar RM 1.80 sekotak yang hanya dibeli ketika elektrik black-out atau yang dijemput bersama meraikan majlis hari jadi di atas sebuku kek?
Gelaran guru atau panggilan cikgu / ustaz dipakai di mana jua seorang guru itu berada meskipun berada di alam barzakh. Maka, jika baik sejarah guru itu, maka baiklah ceritanya. begitu jua sebaliknya... so,,, berhati-hatilah individu yang berprofesionkan guru ini...
satu ketika, guru ini diletakkan pada satu tahap teratas dalam masyarakat dan dikalungkan gelaran "Mahaguru "
namun dalam dunia kerjaya, guru diletakkan pada tahap fasilitator atau rakan pembimbing, yang pada anggapannya mengurangkan jurang antara pelajar dan guru.
apakah pendekatan ini relevan?
respek terhadap guru kian longgar dari semasa ke semasa. sering kali profesion guru menjadi pilihan ketiga atau terakhir.

"silakan cikgu, ustaz, jemputlah masuk, duduklah dulu cikgu ye..."

masyarakat lebih respek kepada lawyer, YB, engineer,.. dan PM yang dasarnya dibentuk oleh tangan sabar seorang guru.

"E Eh, tuan hakim, laaa, datang juga, terima kasih la kerana sudi datang, jemput-jemput duduk, ani !!! tengok tuan hakim kita datang nie... bawa air, apa khabar tuan hakim? sihat? ...? ...? ...?"

so kepada semua pihak yang terlibat..., renungkanlah.. Guru Ibarat Lilin, apakah ia merujuk kepada nilai pengorbanan atau lebih kepada dikorbankan... apabila elektrik mula menerangi, maka tercampaklah lilin tadi tanpa dipedulikan lagi... malah dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan rumah terbakar....

dedikasiku terhadap guru-guruku, guru-guru SK Bkt Gambir, Muar (1979-1984), Ck Aziz, Ck Darwis, Ck Hamid,.. dan tidak dilupakan Ck Mahiran yang telah memegang tanganku semasa di tahun 1, melakar garis-garis membentuk huruf... juga buat guru Sek. Tinggi Muar (HSM 1985 -1991), Ck Lee, Ck Lim, Ck Ong Gen Gen, Ck Siti Rumziah, Ck Rashidah, Ck Maisarah, Ck Fatty-mah, tidak dilupakan allahyarham Ustaz Abdul Rauf Khan (al-Fatihah ), ... juga buat warga pendidik UKM (1992-1999), Jabatan Persuratan Melayu, FSKK, khasnya buat penyeliaku Prof. Madya Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana)....


"SELAMAT HARI GURU"