ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Selasa, 16 November 2010

SALAM EIDIL ADHA

PEJAM CELIK PEJAM CELIK (NASIB BAIK MASIH CELIK)... DA SAMPAI RAYA HAJI @ RAYA KORBAN.

CEPATNYA MASA BERLALU ATAU LAMBATNYA KITA MELALU... ENTAHLAH...
MAKAN CHEKEDIS BANYAK SANGAT.... HIKHIKHIK.

DIKESEMPATAN INI, KANCIL NAK UCAPKAN SELAMAT DIKORBANKAN BUAT SEDARA DAN SAHABAT KANCIL, SI LEMBU, KAMBING, UNTA DAN SEWAKTU DENGANNYA YANG MELALUI IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH EMPAT HARI INI....
KEPADA YANG BERADA DI TANAH SUCI MEKAH, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI.
KEPADA MAT REMPIT LAK... JANGAN SAMPAI BERKORBAN DI JALAN YANG LURUS DI MALAM RAYA....




SELAMAT HARI RAYA EIDIL ADHA KEPADA SEMUA....




Khamis, 2 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


ALAMAK!!! lama gak kancil tak ngomel... sedo tak sedo dah nak raya. Ishishish.... cepatnya masa berjalan atau sebenarnya kita sendiri yang kian lambat berjalan...

apaapapun... Kancil nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua yang mengenali kancil. Kengkawan de kata nak datang rumah pada raya ke-5. Ikut je la... rumah terbuka, juadah... apa yang ada jela... yang penting suasana gembira di Hari Raya.

So... jemput la semua yang mengenali diri kancil ini, ke rumah kancil pada raya ke-5.

SELAMAT HARI RAYA.....


BAAAAALIKK KAMPUNG.... OOO.... BAAALIK KAMPUNG, HATI GIRANG!!!

Selasa, 1 Jun 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN TUDM KE-52.


TAHNIAH KEPADA PERAJURIT-PERAJURIT YANG TELAH TERBANG DI UDARA SELAMA 52 TAHUN LAMANYA MENJAGA KEAMANAN NEGARA DARIPADA SEBARANG ANASIR YANG CUBA MENGGUGAT KEAMANAN NEGARA KHUSUSNYA MELALUI UDARA.

ALHAMDULILLAH…. DAPAT GAK KANCIL TIDUR LENA APABILA ADANYA TUDM YANG MEMBANTU MENJAGA RUANG UDARA MALAYSIA INI…. SYUKUR. AMAN

KEPADA SESIAPA YANG TAK RETI-RETI NAK JAGA KEAMANAN INI DENGAN MENCETUSKAN PELBAGAI REVOLUSI, REFORMASI, REMPIT DAN PELBAGAI RE…RE… TU, UDAH-UDAH LE… BALIK BUAT KEJE YANG LEBIH BERFAEDAH. TANAM JAGUNG KE… UBI… PISANG KE… BUAT KEREPEK LAGI BAGUS DARIPADA MEREPEK YANG BEBUKAN KAT TENGAH JALAN.

TENGOK-TENGOK LE NEGARA JIRAN UTARA KITA YANG SIBUK NO NAK BEREFORMASI, KONTROVERSI… LAST-LAST MATI… KESIAN… PENAT-PENAT MAK DIORANG MENERAN MELAHIRKAN DIORANG.. PAS TU MATI SESIA… BALAS JASA MAK BAPAK, JAGA MAKAN MINUM, SAKIT PENING ORANG TUA TU TAK NAK… SIBUK BUAT KEJE YANG ENTAHAPAAPAENTAH…

CELOTEH LAK KANCIL NIE…


OK LA ABANG-ABANG PILOT YANG SERING TERBANG TU, BERHATI-HATI DI UDARA, JANGAN SAMPAI TERHEMPAS. MAHAL GAK HARGA MIG 29 DAN F18 HORNET TU…
SELAMAT ULANG TAHUN TUDM KE-52.

Sabtu, 29 Mei 2010

PAK BELANG, OH... PAK BELANG !

BILA DENGO KERAJAAN MALAYSIA NAK MELULUSKAN LESEN PERJUDIAN BOLA, KANCIL RASA SERONOK GAK. BOLEH GAK KANCIL JOIN SEKALI.SEBAB DALAM IKLAN WORLD CUP, YANG MAIN BOLA TU NAMPAKNYA MACAM GENG-GENG KANCIL. UNDANG-UNDANG RIMBA KATA SIAPA KUAT DIA MENANG…
EH..EH….TAPI….. ITU UNDANG-UNDANG RIMBA…. KERAJAAN MALAYSIA NI PAKAI UNDANG-UNDANG RIMBA KE ….
RASA-RASANYA AGAMA RASMI KERAJAAN MALAYSIA NI AGAMA ISLAM
KELIRU GAK KANCIL DIBUATNYA. TAK KAN MANUSIA YANG BERAGAMA ISLAM SEPERTI DATUK SERI PM KITA MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG RIMBA……
HEHEHE… KANCIL NAK GELAK PECAH PERUT PUN, SAYANG LAK PERUT KANCIL YANG COMEL NI. BAIK KANCIL PECAHKAN PERUT UNTUK NILAI YANG LEBIH MURNI….
NANTILAH KANCIL NAK BINCANG DENGAN PAK BELANG, SAMA ADA PAK BELANG SETUJU DENGAN UMAT ISLAM YANG SUKA DENGAN JUDI NI. KALAU PAK BELANG NAMPAK ORANG YANG MAIN JUDI MACAM LEMBU ATAU KERBAU… , JANGAN SALAHKAN PAK BELANG SERANG DAN MAKAN MANUSIA…
PAK BELANG…. OOOHHH … PAK BELANG…!!!!

Khamis, 27 Mei 2010

DI MANA ADA SEMUT DI SITU ADA GULA????

KRISIS GULA!!!

RASANYA BARU SEHARI DUA, AKHBAR MEMBENTANGKAN ISU KRISIS GULA YANG PADA PIHAK KEMENTERIAN TIDAK MEMANDANG SERIUS MASALAH TERSEBUT DENGAN MENGANDAIKAN BAHAWA BEKALAN GULA BERADA PADA TAHAP YANG MENCUKUPI. HANYA SIKAP PENGGUNA YANG MEMBUAT ‘PEMBELIAN PANIK’ YANG DIPERSALAHKAN MENYEBABKAN STOK GULA DI PASARAN PENGGUNA KEHABISAN.

MALAH DALAM SATU KENYATAAN PULA, PENGGUNA PULA YANG DIKATAKAN ‘SOROK GULA MELALUI SIKAP MEMBELI LUAR BIASA DENGAN MEMBELI GULA MELEBIH KADAR PENGUNAAN BIASA

SELEPAS ITU, TIMBUL PULA KISAH, PIHAK PENGUATKUASA KPDNKK NEGERI SEMBILAN MERAMPAS DUA TAN GULA DARI SEBUAH PREMIS SELEPAS KEDAI TERBABIT MEMBUAT PROMOSI JUALAN GULA “ LUARBIASA” DI JALAN DATUK SIAMANG GAGAP, SEREMBAN 26 MEI .

“KALAU TIADA ANGIN, MASAKAN POKOK BOLEH BERGOYANG” MAKA DATANG SEGEROMBOLAN BERUK-KERA YANG BERDANSA DI TEPIAN DAHAN.
KANCIL RASA LA, KALAU STOK GULA BERADA PADA KEADAAN STABIL, MAKA TAK PERLU DIWAR-WARKAN KRISIS GULA INI. KERANA MAKHLUK BERNAMA MANUSIA NI, SEMAKIN DIBERITAHU SUPAYA JANGAN PANIK, SEMAKIN DIA PANIK. JENIS TAK FAHAM BAHASA.

TAPI TAK TAHULAH KANCIL, KALAU SEMEMANGNYA GULA TIADA DI PASARAN EKORAN KATANYA ADA TUNTUTAN ALA UGUTAN UNTUK NAIKKAN HARGA GULA DAN PIHAK BERKUASA MASIH BELUM DAPAT MENGATASI MASALAH TERSEBUT.

APA YANG KANCIL NAK CUBA LUAHKAN, SEKIRANYA HARGA GULA INI NAIK, RASANYA SEPERTI TIADA MAKNANYA DALAM PERTAMBAHAN PENDAPATAN RAKYAT. KERANA, BILA HARGA GULA NAIK, MAKA HARGA MINUMAN JUGA TERPAKSA NAIK. TIDAK MUSTAHIL KALAU HARGA AIR DI TEPI JALAN MENCECAH NILAI RM2.00 SEBUNGKUS, TEH TARIK BERNILAI RM 2.00 SEGELAS DI WARUNG BIASA. KUIH-MUIH 2 KEPING SERINGGIT. HAAA…. BARU PADAN MUKA UNTUK YANG KAKI ‘NGETEH’..

TUNTASNYA PADA PANDANGAN KANCIL, KENAIKAN HARGA BARANGAN YANG DISANDARKAN UNTUK PERTAMBAHAN PENDAPATAN INI SEBENARNYA TIDAK RELEVAN. SEBALIKNYA PERTAMBAHAN KEPELBAGAIAN DALAM PRODUKTIVITI BARANGAN ITU LEBIH PENTING DALAM MERAIH PERMINTAAN BUKAN SEKADAR DARI DALAM NEGARA MALAHAN MAMPU MEWUJUDKAN BEKALAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA. SEMUA PIHAK HARUS MEMANDANG SERIUS TERHADAP ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN INI DARI SUDUT PERMINTAAN DAN PENAWARAN YANG SECARA TEORINYA AKAN KEMBALI KEPADA KESEIMBANGAN PASARAN ITU SENDIRI SEDANGKAN NILAI RINGGIT MENJADI KECIL DAN KUASA MEMBELI SEMAKIN MENURUN.
YANG MENJADI MANGSA IALAH GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

Ahad, 16 Mei 2010

"GURU IBARAT LILIN"

Satu perumpamaan yang saban tahun dipergunakan sebagai perlambangan kepada insan yang bergelar GURU.


hakikatnya perumpamaan tersebut dikaitkan dengan nilai pengorbanan seorang guru yang sanggup bersengkang mata dan menabur keringat demi untuk memberikan ilmu dan pengajaran kepada seseorang agar berjaya dalam kehidupan.

Namun dari satu sudut lain, timbul juga persoalan apakah seorang guru itu benar berkorban umpama lilin atau dikorbankan umpama lilin?

Apakah value sebenar seorang guru di mata masyarakat sekarang?

adakah nilai guru itu sekadar RM 1.80 sekotak yang hanya dibeli ketika elektrik black-out atau yang dijemput bersama meraikan majlis hari jadi di atas sebuku kek?
Gelaran guru atau panggilan cikgu / ustaz dipakai di mana jua seorang guru itu berada meskipun berada di alam barzakh. Maka, jika baik sejarah guru itu, maka baiklah ceritanya. begitu jua sebaliknya... so,,, berhati-hatilah individu yang berprofesionkan guru ini...
satu ketika, guru ini diletakkan pada satu tahap teratas dalam masyarakat dan dikalungkan gelaran "Mahaguru "
namun dalam dunia kerjaya, guru diletakkan pada tahap fasilitator atau rakan pembimbing, yang pada anggapannya mengurangkan jurang antara pelajar dan guru.
apakah pendekatan ini relevan?
respek terhadap guru kian longgar dari semasa ke semasa. sering kali profesion guru menjadi pilihan ketiga atau terakhir.

"silakan cikgu, ustaz, jemputlah masuk, duduklah dulu cikgu ye..."

masyarakat lebih respek kepada lawyer, YB, engineer,.. dan PM yang dasarnya dibentuk oleh tangan sabar seorang guru.

"E Eh, tuan hakim, laaa, datang juga, terima kasih la kerana sudi datang, jemput-jemput duduk, ani !!! tengok tuan hakim kita datang nie... bawa air, apa khabar tuan hakim? sihat? ...? ...? ...?"

so kepada semua pihak yang terlibat..., renungkanlah.. Guru Ibarat Lilin, apakah ia merujuk kepada nilai pengorbanan atau lebih kepada dikorbankan... apabila elektrik mula menerangi, maka tercampaklah lilin tadi tanpa dipedulikan lagi... malah dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan rumah terbakar....

dedikasiku terhadap guru-guruku, guru-guru SK Bkt Gambir, Muar (1979-1984), Ck Aziz, Ck Darwis, Ck Hamid,.. dan tidak dilupakan Ck Mahiran yang telah memegang tanganku semasa di tahun 1, melakar garis-garis membentuk huruf... juga buat guru Sek. Tinggi Muar (HSM 1985 -1991), Ck Lee, Ck Lim, Ck Ong Gen Gen, Ck Siti Rumziah, Ck Rashidah, Ck Maisarah, Ck Fatty-mah, tidak dilupakan allahyarham Ustaz Abdul Rauf Khan (al-Fatihah ), ... juga buat warga pendidik UKM (1992-1999), Jabatan Persuratan Melayu, FSKK, khasnya buat penyeliaku Prof. Madya Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana)....


"SELAMAT HARI GURU"

Rabu, 14 April 2010

SEKALI DATO' NOH BERSUARA DI SG. MATI


UMNO BAHAGIAN LEDANG DGN KERJASAMA JAWATANKUASA MASJID JAMEK SG. MATI menganjurkan SAMBUTAN MAULIDUR RASUL dan FORUM PERDANA pada tanggal 10 April 2010, hari Sabtu lalu di perkarangan Masjid Jamek Sg. Mati


Cerah suasana pekan Sg. Mati malam tu dgn sinaran neon.

Turut hadir pada malam tu, tak lain YAB Dato' Hj Abd. Ghani b. Othman, MB kita bersama DO Ledang, Tn. Hj Amran b. Abd. Rahman dan juga MP YB Ir. Hj Hamim b. Samuri

Ahli panelnya pula memang gempak, sape lagi kalau bukan Y Bhg. Dato' Hj Noh b. Gadut, Penasihat MAIJ bersama Sohibul Fadhilah Tn. Hj Yosree b. Hj Ehsan, KPP Bhgn Penyelidikan, JAJ dipengerusikan oleh As Syeikh Tn. Hj. Sulaiman b. Maidin, Kadhi Ledang. Padanan 3 serangkai nie memang boleh huru-hara majlis dibuatnya. Sampai ke malam, makcik dan pekcik masih cerlang biji mata. Rugi sape yang tak hadir....





















































SUASANA TERANG DIPERKARANGAN SMALAT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG BERSAMA BIRO AGAMA UMNO BAHAGIAN LEDANG DAN KELAB KETUA-KETUA PEMUDA ZON TANGKAK TELAH MENGANJURKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERTEMPAT DI PERKARANGAN SEK. MEN. AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK PADA TANGGAL 3 APRIL 2010, SABTU LALU, SELEPAS SOLAT ISYAK.

PENCERAMAH JEMPUTANNYA, USTAZ KHAIRUL NIZAM ISAHAK, DARI MRSM ALOR GAJAH, MELAKA. ANTARA LAIN BELIAU MENYENTUH ISU HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN MANUSIA DAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA.
MENURUT BELIAU, APA PUN YANG INGIN KITA LAKUKAN, NIAT PERLU SELARAS DENGAN TUNTUTAN SYARIAT. JIKA NIAT KITA BAIK KERANA ALLAH TAPI PERLAKUAN TIDAK MENEPATI SYARIAT, MAKA SIA-SIALAH PERBUATAN KITA, SEPERTI CERITA ROBINHOOD.










ANTARA YANG HADIR MENCERIAKAN SUASANA PADA MALAM ITU IALAH PEGAWAI DAERAH LEDANG, TN HJ. AMRAN B. ABD. RAHMAN



SEKITAR MAULIDUR RASUL SRA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK

MAJLIS MAULIDUR RASUL YANG DISAMBUT OLEH SRA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK INI DIADAKAN BERSAMA DENGAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR PADA TANGGAL 2 APRIL 2010 LALU.






ANAK SIAPALAH YANG BERTUAH DAPAT HADIAH NI? KABONYA BEBUDAK DARJAH ENAM. SENYUM SIMPUL CIKGUNYA.
1. ILIA HANIS BT. BAHRAWI
2. SU'AIDAH MAISARAH BT SALEH
3. SYAZWANI SA'IIDAH BT ISKANDAR

PENCERAMAHNYA USTAZ RADHIZAL DR SMK TUN MAMAT.




MAJLIS TURUT DIHADIRI OLEH USTAZ YAACOB B SULAIMAN, WAKIL PEGAWAI PENDIDIKAN AGAMA DAERAH MUAR DAN JUGA USTAZ MOHD ZUNNURAIN B. MOHD JUMAN, PENGETUA SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK. MANTAN PENGETUA, TN HJ. IBRAHIM B. SAMAH TURUT SAMA MENCERIAKAN MAJLIS BERSAMA GURU-GURU SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK YANG LAIN.