ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Selasa, 7 Oktober 2008

MASALAH PENGGUNAAN "OLEH SEBAB" DAN "OLEH KERANA"

Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama.

Contoh:

  • Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
  • Pokok bunga mawar itu dirosakkan oleh budak-budak nakal itu.
  • Lukisan itu dilukis olehnya.

Kekata / Frasa selepas ’ oleh’ dalam ayat diatas, iaitu Tun Ismail, budak-budak nakal itu dan nya merupakan kata / frasa nama.

Kekata ’kerana’ merupakan kata hubung. Jadi ’kerana’ tidak boleh diikuti selepas ’oleh’. Jadi tidak boleh wujud ’oleh kerana’.

’Sebab’ boleh menjadi kata hubung dan kata nama.

Contoh ayat:

  • Budak itu menangis sebab dipukul ibunya. (kata hubung)
  • Berikan sebab yang munasabah kelewatan awak hari ini. (kata nama)
Jadi , oleh sebab hendaklah digunakan, bukan oleh kerana. Ayat-ayat contoh yang menggunakan oleh sebab ialah:


Contoh ayat:

  • Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand.
  • Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala.
  • Dia tidak mengikuti latihan bola sepak oleh sebab hujan.
  • Pemain skuasy itu tewas oleh sebab kurang latihan
  • Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh sebab ketekunannya.

terima kasih Cikgu Naim

Khamis, 11 September 2008

HULURKANLAH DERMA

ASSALAMUALAIKUM.

kepada semua pelawat KANCIL yang budiman dan ingin membuat amal kebaikan. Sek. Men. Agama Lughatil Arabiah Tangkak memerlukan sumbangan daripada pelbagai sudut khususnya kewangan bagi menambah baik mutu pentadbiran dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P).Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah disalurkan terus ke dalam Akaun SUWA Sekolah ini,

MayBank:001084101350



Akaun ini digunakan untuk menampung pelbagai urusan pentadbiran sekolah dan juga kegiatan kokurikulum pelajar.

Kepada bekas-bekas pelajar sekolah ini amatlah diharapkan dapat menghulurkan bantuan kepada sekolah ini.
Pada tahun 2009, akan diadakan sambutan JUBLI EMAS menandakan telah 50 tahun usia penubuhan sekolah ini. Harap sangatlah korang bekas pelajar ni dapat bersama menjayakan program ini.

Isnin, 18 Ogos 2008

HARI PUTERI SMALA TANGKAK 2008

PERSATUAN PUTERI ISLAM SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN HARI PUTERI PADA 18 OGOS 2008.BIAR PUN SECARA KECIL-KECILAN, TAPI MERIAH GAK.MEMBER MASAK IKAN SIAKAP. SWEET AND SOUR.

MACAM ANAK-ANAK PUTERI GAK YANG SWEET BUT NOT SOUR.
ADA PERTANDINGAN LAGI. ADA YANG MENANG, ADA YANG KALAH, ADAT LER TU.
YANG NIE LAK TOKOH PUTERINYA, "RATU PINK"USTZ. MAZLINA NYER LAK SAMBUT BIRTHDAY SEKALI. KEK PUN "PINK COLOUR".






LA NIE RAGAM DIA ORANG MASA MAKAN





Khamis, 14 Ogos 2008

"MUKA NIE JER YANG DAPAT!"

MESYUARAT AGUNG KGSMANJ KE 34 2008
DI SMA BUGISIAH TAMPOK, PONTIAN
TANGGAL 9 Ogos 2008, orang yang diharapkan tak dapat gak datang.

Kata Pn. Hjh. Rahimah "tak dapat rotan, akar pun jadi" Hantam la Labu. Yang penting, anak bangsa nie perlu dididik gak. Apa pong nasib gurunyer"begini la nasib guru SMAR Johor yang malang, ooo Dato', tak boleh nak makan ikan bakar....""berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, malangnye tak ade yang nak dikorbankan daa..."

Ha ha, sekali lagi bebudak SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK ambil hadiah kecemerlangan. Kita hanya berusaha, syukur Allah bagi kejayaan. tak de ler nak bangga nyer. Tak de makne nyer pong. Hanya suka la tengok bebudaknya berjaya. Bebudak nie ok ke tak, Kancil tetap macam nie juga. kena gak goreng pisang kat pasar malam. Tapi yang anak murid nyer nie asyik pompuan jer. Mana lak gi hero nyer, kancil pong pening.

Nie pulak bebudak tahun lepas jer mukanyer. Pulun tul bebudak nie.



Gembira rasa di hati... sejuk perut ibu mengandung.

Si Farahani nie da ngantuk lak,

Ate sampai macam nie ler style cecikgu dia orang ngajo... apa dayanyer, " patah sayap bertongkat paroh, namun daki ku daki jua...."

Selasa, 5 Februari 2008

IKHTIFAL SUKAN SMALA TANGKAK

Sebagaimana biasa, setiap awal tahun, putera dan puteri SMALA Tangkak akan bertarung menunjukkan kehebatan masing-masing beraksi di persada sukan.





Namun kemampuan pihak sekolah hanya menyediakan tiga acara sahaja untuk dipertandingkan iaitu:
  1. Bola tampar putera / puteri
  2. Bola jaring
  3. Sepak takraw

Maaf le anak-anak ye






Ahad, 3 Februari 2008

PARAH ATAU PASRAH?

ZAMAN KANCIL KECIK DULU, TAK PAYAH CIKGU NAK DOK AJAK GI NGAIL. PANDAI SOKMO.


BEBUDAK LA NI, HARAP BESO JE, IKAT TALI KAIL PUN TAK ADE SENI.



ORANG NGAIL IKAN, DAK ADLY NI GI NGAIL LABI-LABI LAK...




ORANG GI NGAIL, RAUT JORAN CANTIK-CANTIK, INI JORAN PUN MACAM BATANG CANGKUL! ADE KE PATUT BATANG MOP DIBUAT JORAN.LAGI DOK NGARUT, BAWA UMPAN KATAK PLASTIK, TAPI TAK BAWA JORAN. DOK TARIK DENGAN TANGAN. KANCIL NAK KETAWA PUN TAK SAMPAI HATI.


ORANG DOK GI NGAIL SENYAP-SENYAP, DEPA NGAIL MACAM GI JOM HEBOH. IKAN KAT SUNGAI HABIH DOK GI NYOROK SEMUA.

DAH DOK JADI AKTIVITI PENGAKAP, BELASAH JE LE...







KANCIL DOK NYOROK BAWAH JAMBATAN NAK KETAWA.

PUTERI SMALA TANGKAK CEMERLANG LAGI

Tahniah !!!
Sekali lagi puteri-puteri Sek. Men. Agama Lughatil Arabiah Tangkak menjulang nama di persada akademik negeri Johor.


Fatimah Azzahra Harolizam, Nurul Farahani Miswati, Ainatul Mardhiah Mohd. Yusof dan Siti Nurfariha Mohd. Said telah dianugerahkan Pelajar Cemerlang 2007 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor pada 31 Januari 2008 di Sek. Ren. Agama Bersepadu (SRAB) Sg. Abong, Muar yang disempurnakan oleh YB. Dato' Zalil b. Baron, Pengarah Jabatan Agama Johor.



Fatimah Azzahra Mumtaz Sufi dalam Sijil Menengah Agama (SMA) 13 MP







Nurul Farahani Mumtaz Sufi dalam Sijil Menengah Agama (SMA) 12 MP












Ainatul Mardhiah(Eton) Mumtaz Sufi dalam Sijil Menengah Agama (SMA) 12 MP




Siti Nurfariha (Diba) 9A dalam PMR

WELL!!! PUTERANYA MANE... ! TAK DAPEK KANCIL NAK JAWAB