ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Sabtu, 30 Mei 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN PPIM SMALAT


Bebudak PPIM SMALAT selamat menjalani perkhemahan pada 29 - 30 Mei 2009.
Enjoy sakan gak cause mereka baru lepas peksa & nak cuti pon...
Banyak aktiviti yang menarik antaranya poco-poco, game show (mencari harta karun), pertandingan memasak.
Tapi kabo nye, aktiviti ayat-ayat cinta yang dikelola oleh Ust. Mohd Shahrizan Md. Esa berjaya menyentuh perasaan peserta. Pastinya cinta pada Rabbi itu mengatasi cinta yang lain.

Tahniah diucapkan kepada Pn. Mazlina Selamat, pemimpin PPIM SMALAT atas kejayaan melaksanakan program ini... syabas!
Pada malam 29 Mei itu juga, pihak sekolah mengadakan bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk keselamatan sekolah dan kesyukuran kerana ramai pelajar cemerlang tahun 2008.
Turut hadir, AJK Jawatankuasa Pengurusan Sekolah, Pengerusi PIBG, Tn Hj. Dasuki Hj Mohd Noor dan ibu bapa.

Isnin, 25 Mei 2009

MESYUARAT AGUNG KGSMANJ 35

KESUWON CIKGU!!!
TEMA MESYUARAT AGUNG KESATUAN GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR (KGSMANJ) 35.

Diadakan pada 24 Mei 20e09 bertempat di SMAKJ Keluang. Dirasmikan oleh Pengarah JAJ, YBhg. Tn Hj Abd. Rahman Jaafar,

Ada sesi Pilihanraya lak tu... cuma bezanya, dalam pilihanraya ni, calon yang kalah bersorak sakan kegembiraan dan yang menang termenung berduka.

Menurut SU, kehadiran kali melebihi daripada yang sebelum-belumnya.
Wah! Hebat juga guru tahun ni. Pasti ada sesuatu yang dinantikan...
Pengerusi baru KGSMANJ, Tn Hj Hidir Ismail, bermadah berbunga-bunga....
Tapi apa yang penting!!!, Pengarah pun bermadah juga....

Gamat juga dewan tengahari tu...
bebudak SMA Lughatil Arabiah Tangkak tak lepas peluang untuk meraih anugerah kecemerlangan.
4 orang terpilih pada tahun ini untuk kategori SMA dan SMRA sekolah jenis B.

Seronok sakan nampaknya mereka.... sejuk perut ibu mengandung.