ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Selasa, 7 Oktober 2008

MASALAH PENGGUNAAN "OLEH SEBAB" DAN "OLEH KERANA"

Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama.

Contoh:

  • Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
  • Pokok bunga mawar itu dirosakkan oleh budak-budak nakal itu.
  • Lukisan itu dilukis olehnya.

Kekata / Frasa selepas ’ oleh’ dalam ayat diatas, iaitu Tun Ismail, budak-budak nakal itu dan nya merupakan kata / frasa nama.

Kekata ’kerana’ merupakan kata hubung. Jadi ’kerana’ tidak boleh diikuti selepas ’oleh’. Jadi tidak boleh wujud ’oleh kerana’.

’Sebab’ boleh menjadi kata hubung dan kata nama.

Contoh ayat:

  • Budak itu menangis sebab dipukul ibunya. (kata hubung)
  • Berikan sebab yang munasabah kelewatan awak hari ini. (kata nama)
Jadi , oleh sebab hendaklah digunakan, bukan oleh kerana. Ayat-ayat contoh yang menggunakan oleh sebab ialah:


Contoh ayat:

  • Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand.
  • Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala.
  • Dia tidak mengikuti latihan bola sepak oleh sebab hujan.
  • Pemain skuasy itu tewas oleh sebab kurang latihan
  • Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh sebab ketekunannya.

terima kasih Cikgu Naim