ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM...
selamat melayari laman ini

Sabtu, 16 Jun 2007

Program Lawatan Sosial SMALA Tangkak ke Johor Bahru 4 & 5 Jun 2007

Program cemerlang atas usaha gigih para pelajar SMALA Tangkak sendiri! Siapa sangka student comel ini mampu menganjurkan program yang grand macam ini.

Tahniah kepada semua peserta program kerana dapat merasai pengalaman yang menarik terutamanya ketika melawat para pesakit mental di Hospital Permai. Khabarnya ada juga yang nak menangis ketika hendak masuk hospital ini.


Syabas buat Ust. Nadzdzrul dan Ustz. Siti Safura kerana dapat menjaga anak-anak nakal ini semua dengan baik. Ingat senang ke? Nak tahu, cubalah. Pasti cepat dapat lesen untuk terus menjadi warga Hospital yang dilawati.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghulurkan sumbangan ikhlas dalam pelbagai bentuk bagi menaja program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MAAHAD Johor kerana sudi menumpangkan anak SMALA Tangkak ini bermalam tanpa sebarang bayaran. Tidak lupa juga kepada pihak yang sudi menerima kunjungan kunjungan anak Tangkak ini dengan layan yang sungguh istimewa khususnya pihak Hospital Permai dan juga Kastam Johor.

Gambar kenangan bersama En. Zulkapli Jaafar, Pen. Kanan Pesuruhjaya Kastam Johor

Sempat juga anak SMALA Tangkak ini melepak di Danga-Bay. Anak Johor, jangan tak tahu pula Danga-Bay.

Anak Johor juga jangan tak tahu sejarah Johor!




Sempat juga singgah di Muzium Diraja Sultan Abu Bakar. Daulat Tuanku!